BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 17 Jun 2010

salam..............

assalamulaikum warahmatullah....

alhamdulillah, akhirny dpat jgk nak create blog yg x seberapa ni,..apepun yg menjadikan suatu itu lebih baik adalah kiter mulakan sesuatu dengan niat..jadi niat ana dihati ni, x lain x bukan semoga blog arus cinta tuhan ni menjadi satu modussoperandi dalam menyampaikan risalah allah. semoga allah melihat usaha ni sbg jalan dalan menyampaikan risalah rasul dan membantu ana dalam menjadikan kalimah allah ini sebagai kalimah yg tertegak di atas muka bumi ni...di kesempatan ini ana tujukan blog ini buat semua yg menyinggah blog ni , semoga ader manfaatny buat kalian.sedikit pesanan buat kalian,

Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayang daripada diri kita sendiri. Demi kasih sayang ini kita sedia jadikan nyawa kita sebagai penebus demi mengembalikan kehormatan bangsa ini. Nyawa ini sedia dikorbankan demi menebus semula maruah, harga diri, agama dan impian mereka jika perlu. Pendirian ini lahir dari rasa hati yang sekian lama mencengkam hati ini. Rasa hati yang sekian lama menyelubungi perasaan ini. Rasa hati yang menyebabkan mata ini tidak lena tidur. Rasa hati yang menyebabkan air mata ini sentiasa bercucuran. Rasanya terlalu sukar untuk sekadar melihat nasib yang menimpa masyarakat kita kemudian kita hanya berpeluk tubuh menerima penghinaan ini, atau reda dengan segala kehinaan ini, atau sekadar mendiamkan diri. Demi Allah, kita akan bekerja di jalan Allah untuk kepentingan manusia lebih daripada kepentingan diri kita sendiri.

Saudara-saudara yang dikasihi, segala hidup kami hanyalah untuk kamu. Kami tidak akan sekali-kali mengkhianati kamu. ( petikan , kata- kata imshab)

semoga kata- kata beliau menjadi satu inspirasi dan kekuatan bg kita yg akan meneruskan risalah ni.....ameen...
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga..." [atTaubah:111]

2 ulasan:

ghoriyba berkata...

fizah. moga kita diberi hidayahNya.

cahaya :) berkata...

salam, kak fiza..waa~ tahniah dh ber-blog. moga Allah permudahkn segala urusan kak fiza.. ^-^