BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 3 Julai 2010




assalamulaikum......

(dialog antara husna dan fizah masaer ngah jaga ezzat kat umah kak batah)
fiza: (ngah pegang pamplet mahmal) wah daging ni murah la kat mahmal...
jom kiter beli...kiter share nak...

husna: hmm..ble2, nnt ana nak masak daging masak kicap...

fizah: ahhh!!!!!!!!! sedapny!!!!! ana suka sgt daging masak kicap...

husna: dah lamer x makan daging masak kicap....

fizah: hmm... x pelah husna makan lah apa yg ader...bajet cam lari plak bln ni....huhuhu
husna: x per lah ana belikan tok enti yer...pas2 nnt ana masak tok enti....

fizah: husna, x payahlah ngader2 (tarik pipi husna) enti ni susah2 jerr....
( pas2 cam dah luper plak aper sambungan die...tp yg pastiny ana teringin sgt nak makan daging...)


REZEKI YG DITETAPKAN OLEHNYA....

hari ni gi jaga ezzat kat umah kak batah ngan husna...diatas antara perbualan ana dan husna masa borink2, kononny nak beli daging coz teringin nak makan, tapi luper plak bajet lari plak bulan ni...huuhh x per lah inysallah yakin allah akn permudahkan rezeki, rezeki allah dah tetapkan... ( monolog dalam hati )

selesai jer jager ezzat, terus gi busyro latih nasyid....dah la lambat...lapar plak 2....dalam pale otak ni terbayang daging masak kicap jer....hehehe

pas selesai latihan kitaorang terus gerak ke walimah kwn thailand tok perfom nasyid....semua org terhibur la ngan persembahan nasyid drp durrah...pas kami dihidangkan ngan makanan...
(dah la lapar, x sabar nak makan)

subhanallah!!!!!!!!!!!!!!!!! terkejut sgt aper yg dihidangkan yelah daging masak ape tah....masaer 2 raser nak sujud syukur jer kat situ, tapi kang org tgk cam pelik la plak...heheh tapi dalam hati ni bersyukur sgt ngan allah coz allah terus tunaikan hajat di hati nak makan daging....

" ya allah batapa penyayangny engkau pada hambamu....saper lah hambamu ni di sisimu ya allah...hamba yg berlumuran ngan dosa, tapi ya allah ak sentiasa akan menjadikan redhamu,cintamu, syurgamu sbg inspirasi dalam meneruskan perjalanan risalahmu bg menegakkan kalimahmu di atas muka bumimu....maka ngan itu tambahkan rezekiku...astajid doakku ya alllah..." ( monolog dalam hati sambil menikmati nasi n lauk daging) alhamdulillah..


" Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan rezeki (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya."

surah al maidah, 66...

"sesunggguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang d Katakanlah: ini kehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki."

saba : 39







AMALAN UNTUK MEMPERMUDAHKAN REZEKI


1) Bertaqwa kepada Allah, kerana ia penyebab murah rezeki. Firman Allah:

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Maksudnya: Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. (Al-Talaq: 2-3).

2) Membanyakkan istighfar, kerana Allah berfirman:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا * يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَارًا * وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا

Maksudnya: Sehingga aku berkata: Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai. (Nuh: 10-12).

3) Menjauhi maksiat. Kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

وإن الرجل ليحرم الرزق بالذنب يصيبه

MAksudnya: Sesungguhnya seseorang lelaki disekat rezeki dengan sebab dosa yang dilakukannya. Direkod oleh Ibn Majah (no: 4022). Dinilai sahih oleh al-Hakim.

4) Berdoa dimurahkan rezeki, seperti doa baginda pada waktu pagi selepas solat Subuh:

اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا

Maksdunya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
Direkod oleh Ibn Majah (no: 925).

WALLAH HU A'LAM.....


0 ulasan: